PUTRAJAYA – Seorang ibu membuat laporan polis, mendakwa anaknya ditumbuk seorang guru Bahasa Inggeris hanya kerana tidak menjawab soalan dengan betul di sebuah sekolah di daerah ini, Rabu lalu.

Nur Syaheerah Sutchira Abdullah, 32, berkata, anaknya Adam Mikhael Mubashir, 9, mengalami gegaran otak, pening, loya dan sakit di bahagian belakang badan akibat hampir terjatuh selepas ditumbuk guru lelaki terbabit.

Menurutnya. kejadian disedari selepas mengambil anaknya pulang daripada sekolah petang, Rabu lalu.

Katanya, anaknya memberitahu dia ditumbuk di bahagian kepala hingga nyaris terjatuh ke lantai dan terkena bucu meja kelas selain dipaksa berdiri hingga tamat sesi subjek tersebut.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SUBANG JAYA - Seorang ahli perniagaan mendakwa dia ditumbuk dan diugut pemimpin tertinggi Persatuan Kepolisan Masyarakat (CP) Malaysia ketika berurusan bagi satu kes penipuan pelaburan, Jumaat lalu.
  • KUALA NERANG - Seorang pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah, di sini mendakwa ditumbuk dan ditendang hingga lebam serta dimalukan di hadapan rakan oleh seorang guru.
  • KUALA TERENGGANU - Seorang pelajar tingkatan lima bengkak pada bahagian muka akibat ditumbuk rakan sekelasnya dalam satu kejadian berhampiran sebuah sekolah menengah di Chabang Tiga, di sini, Selasa lalu.
  • KUALA LUMPUR - Seorang pemandu teksi, yang menumbuk seorang anggota polis trafik semasa diminta memberi kad pengenalannya untuk pemeriksaan, didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.