SHAH ALAM – Sebagai pemimpin dalam keluarga, ibu bapa hari ini berdepan situasi sukar dan mencabar kerana perubahan dunia yang lebih terbuka sehingga sukar untuk mengawal pergerakan anak-anak.

Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali berkata, cabaran globalisasi yang melanda dunia ketika ini, tempiasnya telah sampai ke negara kita.

Bekas Ketua Pengarang Sinar Harian itu berkata, pendedahan maklumat yang dapat dicapai dengan sekelip mata akan menggugat keimanan jika tiada asuhan dan didikan yang kuat dalam keagamaan.

"Selain didikan, pemantauan, kasih sayang mestilah diberikan kepada anak-anak. Dahulu, ibu bapa mungkin risau keselamatan anak-anak yang pergi menangkap ikan kerana bimbang disengat haiwan berbisa namun sekarang pula lain cabaran lebih-lebih lagi dengan perubahan dunia yang lebih terbuka.

“Ibu bapa juga perlu menggalakkan anak  untuk untuk memilih pendidikan yang tepat dan dapat menjamin masa depan, dalam masa sama perlu memantau pergaulan mereka,” katanya ketika berucap di Seminar Cabaran Ibu Bapa Dalam Era Milenium, di Universiti Selangor (Unisel), di sini, semalam.

Beliau berkata, masyarakat sekarang juga terdedah kepada perubahan sosial yang menyukarkan ibu bapa untuk mengawal pergerakan anak mereka.

“Cabaran menjaga anak zaman sekarang ini saya akui lebih banyak berbanding dahulu, ibu bapa kini perlu berfikiran terbuka untuk memahami anak mereka dengan meningkatkan komunikasi dan cuba bertoleransi," katanya.

Hadir sama memberi ceramah daripada Galeri Ilmu, Aliyah Sijari, Penceramah Motivasi, Dr Robiah K Hamzah dan Penceramah Smart Parents Netwook, Zaid Mohamad.

Penolong pengarah program, S Harikeshwaran berkata, objektif seminar ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta berkenaan kesediaan ibu bapa untuk mendidik anak dalam era globalisasi.

Hampir 200 orang termasuk 80 peserta daripada Persatuan Ibu Tunggal Taiping mengikuti program tersebut yang merupakan projek pelajar semesta tujuh, Fakulti Media dan Komunikasi, Unisel.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUANTAN - Kekurangan dalam keluarga menyebabkan dua beradik , Nurul Amirah Asyikin Abdullah, 14, dan Nurul Atiqah Aleeya, 16, tidak mahu menyusahkan kedua ibu bapa mereka.
  • ALOR SETAR - Ibu bapa dinasihatkan menggunakan perkhidmatan bas dan van sekolah yang beroperasi secara sah menggunakan permit ditetapkan untuk menghantar anak masing-masing ke sekolah.
  • NIBONG TEBAL - Ibu bapa harus memberi tumpuan serius terhadap pendidikan anak-anak khususnya bermula di peringkat sekolah rendah supaya mereka dapat menguasai bahasa Inggeris.
  • TASIK GELUGOR - Keadaan jalan raya yang sibuk ditambah dengan kehadiran kenderaan berat di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Tasek Gelugor menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa sekitar kawasan ini
  • KLUANG - Seorang anak terpaksa melupakan hasrat untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi demi menjaga kedua ibu bapanya yang terlantar sakit.