SUNGAI BULOH – Penduduk berhampiran kawasan perindustrian Kampung Baru Sungai Buloh di sini berdepan bau busuk pembakaran getah dari sebuah kilang pemprosesan tayar terpakai yang beroperasi sejak Jun tahun lepas di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Baru Sungai Buloh, Hoo Sook Wan mendakwa, kilang tersebut yang terletak bersebelahan rumah penduduk didapati gagal menyediakan kelengkapan sempurna bagi pembebasan asap.

Menurutnya, meskipun kawasan terletak di kawasan industri ringan namun jaraknya yang terlalu hampir dengan kawasan perumahan menyebabkan operasinya tidak sesuai dijalankan di situ.

“Penduduk sebelum ini tidak berdepan masalah dengan pengusaha terdahulu yang jalankan pemprosesan perabot dan besi namun sejak kilang pemprosesan tayar terpakai ambil alih mereka hadapi masalah bau yang mengganggu kesihatan mereka.

“Kebanyakan penduduk yang tinggal di sini telah melebihi 60 tahun dan ada antaranya telah bersemuka dengan pengusaha kilang tersebut untuk mengemukakan aduan namun tiada usaha diambil untuk menaik taraf sistem pelepasan asap,” katanya.

Jelasnya, mewakili penduduk beliau menghantar surat kepada pejabat menteri besar dan Exco berkaitan selain pihak berkuasa tempatan di bawah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk tindakan selanjutnya.

“Difahamkan kilang tersebut beroperasi tanpa kebenaran dan pihak penguat kuasa pernah mengambil tindakan sebelum ini. Harap mereka dikenakan tindakan tegas atau operasi mereka dipindahkan ke tempat yang lebih sesuai jauh dari kawasan perumahan penduduk.

“Dengan jumlah pekerja yang terhad mereka beroperasi 24 jam sekurang-kurangnya tiga hari seminggu sementara hari-hari lainnya bekerja sehingga lewat malam,” katanya.

Seorang penduduk, Jessie Wong, 30, berkata, dia yang tinggal bersebelahan dengan kilang mengalami sakit di bahagian mata dan hidung selain migrain kesan menghidu bau bahan bakar itu setiap hari.

“Ada masanya mereka beroperasi secara terbuka tanpa tutup pintu menyebabkan baunya kuat.

“Masalah berterusan ini dikhuatiri boleh menjejaskan kesihatan kami sekeluarga dan terdedah kepada penyakit,” katanya.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA TERENGGANU - Penduduk di dua kampung di sini dikatakan berbalah mengenai sempadan tanah kubur.
  • SEMENYIH - Penduduk di Taman Naqsyabandiah di sini, kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang dipercayai mencuri air milik Air Selangor berhampiran kawasan perumahan mereka.
  • DUNGUN - Bau busuk di pesisir pantai Paka, Kampung Cacar di sini sejak semalam terus menjadi tanda tanya apabila penduduk menyangkakan ia datang daripada bau mayat.
  • KOTA BHARU - Penduduk di Taman Perumahan Desa Petaling di Kok Lanas di sini, menggesa pihak berkuasa supaya memantau keadaan longkang dan tebing yang pecah ekoran aliran air longkang yang laju terutamanya ketika hujan.
  • PASIR MAS - Lebih 300 penduduk di Kampung Kubang Panjang, di sini, menggesa pihak berkenaan segera membina lampu jalan di kawasan berkenaan bagi mengelakkan lebih banyak kemalangan berlaku.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.