SABAK BERNAM- Perubahan sikap seorang guru wanita yang menjadi pasif dan pendiam membongkar rahsia dia dirogol rakan sekerjanya.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, dalam kejadian jam 5 pagi, 14 April lalu, mangsa yang baru bangun dari tidur diterkam suspek berusia 37 tahun di ruang tamu rumahnya sebaik sahaja dia membuka pintu.

"Suspek seorang guru sekolah rendah bertindak menerkam dan merogol mangsa yang ketika itu bersendirian di rumah.

"Bagaimanapun tiada ugutan yang dibuat dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Menurut Noor Mushar,  disebabkan kejadian itu, mangsa berusia 33 tahun itu trauma dan berubah  sikap menjadi pasif serta pendiam yang kemudiaannya perubahan itu disedari oleh suami mangsa.

"Mangsa yang pada mulanya takut menceritakan tragedi itu akhir terpaksa mengakui menjadi mangsa rogol selepas didesak berkali-kali oleh suaminya.

"Mangsa ditemani suami kemudiaannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam, kira-kira jam 2 petang, Ahad lalu," katanya,

Berdasarkan laporan yang diterima, polis bertindak menahan suspek yang sudah berkahwin namun masih belum mempunyai cahaya mata itu di kediamannya di sekitar Sungai Besar kira-kira jam 10 malam, pada hari sama laporan dibuat.

"Suspek kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

Sementara itu, katanya, orang ramai diminta segera membuat laporan dan tidak mendiamkan diri sekiranya menjadi mangsa jenayah.

"Laporan itu penting bagi memudahkan siasatan dijalankan dan membolehkan tindakan segera diambil ke  atas penjenayah," katanya.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KAJANG - Seorang bapa didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan melakukan seksual fizikal terhadap anak perempuan kandungnya yang berusia 14 tahun sehingga menyebabkan mangsa mengalami tekanan perasaan dan mengelar pergelangan tangannya.
  • KOTA BHARU - Seorang peniaga kedai makan mengaku tidak salah di mahkamah sesyen, di sini, atas kesalahan merogol kekasih bawah umur, Ogos lalu.
  • KUALA LUMPUR - Seorang bapa dan anak lelakinya didakwa di dua Mahkamah Sesyen berasingan di Ampang di sini, hari ini atas pertuduhan merogol darah daging mereka sendiri, lima tahun lepas.
  • JOHOR BAHRU - Seorang penjual burger didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 12 pertuduhan merogol dua anak perempuannya sejak 2013 sehingga Ogos tahun ini.
  • KOTA BHARU - Seorang pelajar tingkatan lima yang sedang hamil tiga bulan dan kerap ponteng sekolah membongkar kegiatannya melakukan hubungan seks dengan lima lelaki dalam tempoh lapan hari antara 30 Ogos lalu sehingga 7 September lalu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.