KUALA LUMPUR - Pertiwi Soup Kitchen antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) aktif yang terus komited menghulur bantuan meringankan beban gelandangan dan golongan miskin tegar di ibu kota.

Pengasasnya, Munirah Hamid, 64, berkata, misi utama Pertiwi Soup Kitchen untuk membantu mereka yang ketinggalan supaya tidak jauh tersepit atau tertinggal jauh ke belakang.

“Migrasi bandar ialah satu kenyataan yang tidak dapat dinafikan. Rakyat Malaysia semakin bertambah membuatkan mereka berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki seiring peningkatan kos sara hidup.

“Kita tak boleh membezakan antara siapa yang berhak atau layak datang ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki,” katanya.

Baginya, sesiapa yang boleh dibantu untuk berdikari akan dibantu, manakala sesiapa yang tidak dapat berdikari pihaknya akan menjaga.

Berperanan selaku perintis usaha murni itu yang digerakkan sejak 2010, beliau tidak menyangka sambutan diterima sangat baik.

“Sewaktu saya mulakan projek itu, saya tak sangka ada sambutan serta sokongan daripada individu serta korporat. Syukur Alhamdulillah.

“Niat murni kami sentiasa disokong bagi tujuan menyediakan makanan asas kepada mereka yang kelaparan, bukan kerana mereka malas atau hanya mengharapkan bantuan tetapi sebab mereka tidak mendapat makanan yang cukup atau pemakanan yang sesuai. Mereka ini termasuk kanak-kanak, dewasa dan warga emas,” katanya.

Munirah yang terlibat aktif dalam aktiviti kebajikan itu sejak berusia 17 tahun memaklumkan, kawasan-kawasan  yang dibantu ialah di Chow Kit, Kota Raya dan Masjid India iaitu pada setiap Ahad, Isnin, Rabu dan Jumaat.

“Lazimnya antara 550 hingga 700 bungkus makanan diedarkan pada setiap malam khidmat itu dijalankan.

“Projek Perkhidmatan Kesihatan Pertiwi  pula membantu golongan gelandangan dan miskin tegar dengan memberi bantuan pemeriksaan doktor serta ubat secara percuma untuk penyakit biasa,” katanya.

Sementara itu, Munirah turut berkongsi khabar gembira untuk gelandangan bahawa pusat untuk memberi makanan di Lorong Medan Tuanku dijangka siap awal Jun, manakala rumah perlindungan yang dibina oleh Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) di Bulatan Jalan Pahang sudah 37 peratus siap.

"Dijangka rumah perlindungan itu akan siap 100 peratus menjelang hujung tahun ini," katanya.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) dengan kerjasama Risda akan menerajui program untuk membantu golongan gelandangan di seluruh negara, bermula tahun ini.
  • KUALA LUMPUR - Selama 16 tahun menjadikan tepi Sungai Klang sebagai tempat berkumpul, menjalankan aktiviti kerohanian termasuk mengaji dan mendengar tazkirah, namun aktiviti kemasyarakatan itu berakhir kelmarin.
  • KUALA LUMPUR - Jika lima tahun lalu sambutan Aidilfitri tidak memberikan sebarang makna, ternyata tahun ini berbeza buat seorang ibu tunggal yang hidup gelandangan.
  • KOTA BHARU - Bagi memperkasakan amal kebaikan sepanjang Ramadan tahun ini, Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) Institut Teknologi ANS (Pusat Wilayah Unitar International Universiti Kota Bharu) telah menganjurkan program khidmat masyarakat iaitu 'Kejut Sahur' pada awal pagi 14 Jun lalu.
  • KUALA LUMPUR - Prihatin nasib golongan memerlukan, Persatuan Rekreasi Sosial Pandan melaksanakan pelbagai program amal bagi membantu mereka termasuk pesakit kronik dan gelandangan di sekitar ibu negara.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.