SHAH ALAM - Fenomena air laut pasang besar diramalkan akan melanda beberapa daerah di Selangor bermula Isnin hingga Rabu ini.

Menurut Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor, pihaknya menjangkakan ketinggian paras air laut mencecah 5.5 meter akan berlaku di persisiran pantai Selangor.

“Oleh yang demikian, kerajaan negeri telah arahkan persediaan hadapi bencana tahap tinggi dilaksanakan melibatkan Daerah Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

“Sekiranya hujan lebat dan keadaan angin kencang berlaku, risiko berlakunya banjir akan meningkat,” katanya melalui satu kenyataan kepada Sinar Harian.

Justeru itu, katanya, kerajaan negeri menasihatkan penduduk yang tinggal di kawasan berisiko dapat mematuhi arahan pihak berkuasa keselamatan.

Beberapa bilik gerakan akan dibuka mengikut daerah dan orang awam boleh berhubung ditalian 0333716700 untuk kes di daerah Klang ;0331822565 (Kuala Langat);0387064613 (Sepang); 0332241794 (Sabak Bernam) dan 0332897632 (Kuala Selangor).