SHAH ALAM - Kegiatan mencuri kasut dan menjualnya untuk dijadikan sumber pendapatan akhirnya terbongkar selepas polis menahan dua lelaki di sebuah hentian bas di Seksyen 8, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, tangkapan dibuat kira-kira jam 10 pagi.

Menurutnya, tangkapan dilakukan susulan makluman daripada orang awam tentang kehilangan 13 pasang kasut yang diletakkan di dalam almari di parkir rumahnya.

“Soal siasat kedua-dua suspek berusia 38 dan 36 tahun membawa ke kawasan perumahan di Seksyen 6, yang merupakan rumah yang dicerobohinya.

“Suspek mengaku melakukan curi kasut di dua buah rumah di kawasan itu dengan cara memanjat pagar rumah,” katanya.

Beliau berkata, polis telah merampas dua buah beg galas berisi pakaian dan kasut.

Katanya, semakan rekod mendapati suspek memiliki rekod jenayah lampau.

“Suspek direman selama tiga hari bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 447 Kanun Keseksaan,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PASIR MAS - Berang ikan di kolam miliknya selalu menjadi sasaran pencuri, seorang pesara guru mengambil keputusan menjadikan ia sebagai kolam pancing untuk aktiviti riadah.
  • KUALA ROMPIN - Niat hanya untuk mengurangkan kadar bil bulanan elektrik, seorang penduduk Kuala Rompin tidak sangka perbuatannya melakukan pintasan saluran elektrik ke rumahnya dikesan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB).
  • MELAKA - Tiga lelaki anggota 'Geng Saiful' dan seorang pengusaha bengkel ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket curi motosikal di kawasan sekitar daerah Melaka Tengah sejak enam bulan lepas.
  • BUKIT MERTAJAM - Polis menangkap seorang lelaki yang sedang mencuri batang besi paip di sebuah kilang di Jalan Perusahaan 1, Perai dekat sini semalam dan kini memburu tiga lagi rakan subahatnya.