KUALA LUMPUR –  Polis memburu dua individu dipercayai terlibat memukul seorang lelaki dengan rotan di rumahnya di Bandar Baru Klang, dekat sini, Rabu lepas.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang, mangsa berusia 52 tahun yang sedang bertengkar dengan isterinya telah didatangi seorang lelaki iaitu jiran mereka dipercayai cuba meleraikan pergaduhan itu.  

Ketua Komunikasi Korporat PDRM SAC Datin Asmawati Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata  mangsa kemudiannya memarahi suspek kerana cuba mencampuri urusan keluarganya.

Menurut Asmawati, suspek kemudian datang ke rumah mangsa bersama seorang lagi rakannya dan memukul mangsa menggunakan sebatang rotan dan merakam kejadian itu menggunakan telefon bimbit.

"Punca kejadian dipercayai kerana mangsa memarahi dan memaki suspek dengan kata-kata lucah ," katanya.

Asmawati berkata mangsa yang cedera di bahagian badan dan betis kemudiannya mendapatkan  rawatan di ​​Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Dua rakaman kejadian yang memaparkan mangsa dipukul berkali-kali menggunakan rotan dengan kecederaan di bahagian badan tersebar di laman sosial hari ini serta mendapat kecaman orang awam.  - Bernama

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TUMPAT - Polis menahan dua remaja lelaki dan seorang perempuan yang menyamar anggota polis dan menyamun bersenjata kapak di Kampung Paloh, Palekbang.
  • TAWAU - Pihak polis mencari empat lelaki termasuk dua warga Indonesia bagi membantu siasatan berhubung kes memukul seorang lelaki sehingga membawa maut di luar pusat hiburan Jalan Kuhara di sini Ahad lepas.
  • BUTTERWORTH - Seorang remaja yang dipercayai terlibat dengan kegiatan mencuri motosikal dan menjualnya dengan harga murah ditahan di Taman Siakap, Seberang Jaya tengah malam tadi.
  • JEMPOL - Seorang pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah di sini mengejutkan pengurusan sekolah apabila dia selamat melahirkan seorang bayi perempuan pagi tadi.
  • JOHOR BAHRU - Polis Johor berjaya menyelamatkan 23 wanita warga Vietnam yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan dan dipaksa menjadi pelayan pelanggan, dalam serbuan Ops Noda di dua pusat hiburan sekitar bandaraya ini awal pagi tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.