KUALA LUMPUR - Seorang warga emas berusia 80 tahun disedari hilang apabila tidak pulang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Pandan Dalam di sini sejak petang semalam.

Patimah Jani, dipercayai keluar rumah kira-kira jam 2 petang selepas solat Zohor ketika cucu yang menjaganya sedang berada dalam bilik air.

Khairyel Aswan Mohd Ariffin, 37, berkata, kakaknya, Norashikin Mohd Ariffin, 41, yang menyedari kehilangan nenek mereka pada awalnya menganggap warga emas itu keluar ke kedai atau ke rumah jiran.

"Tapi setelah beberapa jam dia masih tidak pulang. Biasanya pun jika dia keluar rumah ke kedai atau jumpa kawan pada waktu pagi.

"Kakak saya tidak sedar dia keluar dengan pakaian apa. Tapi dia dipercayai turut membawa telefon bimbit. Kami cuba hubungi seharian sejak semalam namun tidak dijawab sehingga jam 10 pagi hari ini talian sudah tidak dapat disambung," katanya kepada Sinar Harian.

Tambah Khairyel, neneknya itu mempunyai penyakit darah tinggi dan juga kadang-kadang menjadi pelupa (nyanyuk).

"Jadi kami bimbang keselamatannya. Takut jika orang jumpa pun dia tak ingat nak beritahu apa-apa maklumat.

"Kami harap dia dalam keadaan selamat dan orang ramai yang mempunyai maklumat atau terjumpa nenek saya  boleh hubungi kami di talian 0122445457," katanya.

Ekoran itu satu laporan polis telah di buat di Balai Polis Ampang Jaya jam 12 tengah hari tadi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA PILAH - Seorang pemandu lori mengalami detik cemas apabila lorinya dihempap sebatang pokok hutan di jalan Kampung Sungkak menghala ke Bahau, dalam kejadian kira-kira jam 9 malam kelmarin.
  • JOHOR BAHRU - Seorang pemuda berusia 29 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes kehilangan seorang lelaki di Kota Tinggi, dekat sini, Ahad lepas.
  • TAIPING - Niat seorang anak bersama bapanya ingin bersenam di Kawasan Bukit Mas, di sini bertukar tragedi apabila dia menemui bapanya terbaring tidak sedarkan diri di laluan pejalan kaki, di sini.
  • IPOH - “Sudah lima hari dia tak makan ubat, saya bimbang dengan kesihatannya,” luah seorang bapa, Loh Mun Kit, 38, khuatir keadaan anak tunggal perempuannya yang dilarikan isteri sejak 24 November lepas.
  • MUAR - Sebuah keluarga dari Taman Rambai, Kampung Parit Buaya di sini, memohon orang ramai untuk membantu mengesan salah seorang ahli keluarga mereka yang hilang sejak beberapa hari lalu.