TANJONG KARANG – Seorang bekas polis bantuan berjaya menyelamatkan diri selepas menyedari api marak dari sebuah bilik di rumahnya di Jalan Ban RB, Kampung Haji Razali, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 pagi, mangsa, Jasman Sanoose, 53, dipercayai berada di rumah seorang diri dan cuba memadamkan api yang mula marak dari bilik tidur.

Bagaimanapun cubaan mangsa gagal apabila api mulai marak dan menyelamatkan diri sebelum kejadian kebakaran itu disedari jiran dan saudaranya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang, Penolong Penguasa Bomba Azmi Abbas berkata, pihaknya bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 7.52 pagi.

“Jentera pertama tiba jam 8.12 pagi dan laporan awal mendapati rumah ini terbakar sehingga 60 peratus bagaimanapun api berjaya dikawal dengan kekuatan dua pegawai dan 21 anggota bomba melibatkan BBP Tanjong Karang, BBP Sekinchan dan EMRS BBP Sekinchan.

“Kesemua penghuni dilaporkan selamat manakala jumlah kerugian dan punca kebakaran itu masih dalam siasatan,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Pegawai Khas Adun Sungai Burong, Maruwan Ahmad berkata,

Pegawai Khas Adun Sungai Burong, Maruwan Ahmad berkata, keperluan mangsa akan diteliti sama ada rumah masih boleh digunakan atau musnah dalam kebakaran.

“Saya dapat tahu kejadian  kira-kira jam 8 pagi dan menziarahi mangsa yang sekarang ini tumpang berteduh di rumah saudara di sebelah rumahnya.

"Permohonan kos baik pulih akan panjangkan kepada Ahli Parlimen Tanjong Karang  Tan Sri Noh Omar untuk tindakan lanjut manakala sumbangan segera akan diberikan untuk meringankan beban.

"Alhamdulillah mangsa sudah menerima bantuan awal dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Selangor," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SARIKEI - Lapan sekeluarga di Sare, 18km dari sini, tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran kira-kira 10.30 pagi tadi.
  • GEORGETOWN - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah memadamkan hampir 80 peratus kebakaran di Tapak Pelupusan Sampah Jelutong di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, selepas ia terbakar sejak Rabu lepas.
  • KUALA LANGAT - Kanak-kanak yang berusia 12 tahun yang berjaya menyelamatkan diri sempat menyaksikan nenek, datuk, adik dan sepupunya ditetak oleh seorang lelaki yang memakai topeng sebelum rumahnya dibakar.
  • DUNGUN - 16 sekeluarga termasuk ibu dalam pantang bersama sepasang bayi kembar yang baharu berusia 13 hari hilang tempat tinggal apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Paya, Balai Besar, di sini dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengahari semalam.
  • BANDAR BAHARU - Seorang ibu tunggal menanggung kerugian berganda selepas wang simpanan RM10,000 yang dihimpun sejak 10 tahun lalu hangus dalam kebakaran di kediamannya dalam kejadian 3 petang semalam di Kampung Sungai Buloh di sini.