SIJANGKANG - Persatuan Taman Sijangkang Permai Fasa 1 merupakan taman perumahan pertama di Daerah Kuala Langat memanfaatkan peruntukan geran di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

sebanyak RM10,000 untuk pemasangan empat buah kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan perumahan mereka.

Pengerusinya, Faizul Kamisan berkata, kemudahan itu dimanfaatkan  sepenuhnya bagi mengatasi masalah kes pecah rumah yang sering berlaku di sekitar kawasan taman perumahan sehingga membimbangkan penduduk di sini.

Menurutnya, selepas menerima cek pada bulan November tahun lalu, pihaknya menguruskan pemasangan CCTV segera bagi membantu meningkatkan keselamatan penduduk selain membeli sebuah khemah dan sistem pembesar suara untuk kegunaan aktiviti penduduk.

"Empat buah CCTV diletakkan di laluan kiri dan kanan taman di mana satu laluan untuk dua kamera bagi dua arah.

"Kami bercadang untuk menambah empat lagi CCTV di empat jalan masuk ke rumah penduduk pada permohonan geran tahun ini pula," katanya kepada Sinar Harian dalam lawatan pemimpin bersama penduduk setempat pagi tadi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MENTAKAB - Seorang peniaga kedai aksesori kenderaan kerugian RM3,000 apabila premis perniagaannya di Taman Zabidin di sini dipecah masuk dua lelaki bermotosikal Ahad lalu.
  • KUALA LUMPUR - Isu keselamatan dan keperluan kemudahan pengguna basikal diutamakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi projek laluan berbasikal.