KUALA LUMPUR - Seorang wanita mencari ayah kandungnya berusia 50-an yang terputus hubungan sejak 10 tahun lalu.

Puteri Nur Balqis Mydin, 21, berkata, bapanya, Mydin Babu, perlu ditemui bagi menjadi wali pernikahannya dengan pasangan yang dijadualkan berlangsung 18 Mac 2018.

“Kali terakhir saya jumpa ayah yang berusia anggaran 53 hingga 54 tahun masa dia datang ke rumah ibu di Selama, Perak pada tahun 2007. Ibu dan ayah saya bercerai pada tahun 2003 ketika saya berusia 5 tahun,” katanya di sini, semalam.

Balqis seorang pekerja syarikat swasta berkata, kali terakhir maklumat yang diterima ialah bapanya sudah berkahwin lain dan tinggal di Asam Kumbang, Taiping, Perak.

“Saya cuba telefon guna nombor telefon dan ke alamat yang ada tapi gagal.

“Selain rindukan ayah, saya berharap ayah dapat hubungi saya supaya majlis pernikahan nanti berjalan lancar.

“Saya juga mahu ayah bersama dalam majlis itu. Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai ayah boleh hubungi saya di talian 0182026364,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA BERANG - Penghidap diabetes dalam kalangan wanita mengandung di negeri ini kian menunjukkan trend peningkatan dan golongan wanita juga merupakan kumpulan paling ramai menghidap penyakit itu berbanding lelaki di Terengganu ini.
  • JERANTUT - Kaum wanita disarankan melibatkan diri dan menjadi salah seorang anggota sukarelawan bomba.
  • MUADZAM SHAH - MUADZAM SHAH - Sumbangan besar wanita di negara ini tidak dapat dinafikan malah seawal kemerdekaan, wanita turut sama berkorban harta, tenaga dan masa demi merealisasikan impian bersama.
  • TAMPIN - “Tak ada dendam dalam hati Aishah, hanya rasa terlalu rindu ingin jumpa dan peluk ayah,” kata seorang anak yang telah ditinggalkan sejak 12 tahun lalu ketika ditemui Sinar Harian di kediamannya di Taman Bunga Raya, Gemencheh, di sini, kelmarin.