SUBANG JAYA – Penduduk di sekitar  USJ 17 dan USJ 18 di sini memohon pihak berkenaan menggembalikan bonggol jalan di Jalan Usaha yang ‘ghaib’ selepas kerja-kerja penurapan dilaksanakan di laluan itu Jun lalu.

Wakil penduduk, Amran Ahmad berkata, ketiadaan bongggol tersebut meyebabkan penduduk sukar keluar dari simpang kawasan perumahan  USJ 17 dan USJ 18 menuju ke Persiaran Tujuan.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan kenderaan bertali arus dan kesesakan berlaku setiap kali waktu puncak pagi dan petang.

“Sebelum ni memang ada bonggol di situ tapi lepas kerja turap jalan dilakukan, pihak kontraktor tak bina balik bonggol jalan seperti keadaan asal.

“Saya pun hairan mengapa pegawai ditugaskan tidak pantau keadaan ini, patutnya lepas kerja turap jalan siap tengoklah apa kekurangan yang ada….sekarang pengguna berdepan kesukaran kerana bonggol dah tak ada,” katanya.

Dalam pada itu Amran turut menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) mengkaji jenis bonggol yang dibina berhampiran simpang masuk ke USJ16.

Katanya, bonggol dibina terlalu rendah menyebabkan pemandu yang menggunakan jalan pintas dari Shah Alam ke USJ tidak mengendahkan kelajuan kenderaan masing-masing.

Amran menunjukkan bonggol yang ‘ghaib’ selepas kerja turap jalan dilaksanakan di Jalan Usaha

Akibatnya, pengguna jalanraya terutama pemandu wanita sukar membelok dari arah Subang Jaya ke kawasan perumahan di USJ 16.

“Saya dapat aduan ramai pemandu yang dakwa sukar nak belok masuk ke perumahan kerana kenderaan dari arah Shah Alam tidak perlahankan kenderaan mereka.

“Saya minta supaya bonggol ini ditukar kepada jenis bersesuaian untuk memperlahankan kenderaan dan memudahkan pengguna belok ke simpang perumahan,” katanya.

Sementara itu Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Mohd Zulkurnain Che Ali berkata, pihaknya akan membina bonggol itu dalam masa terdekat.

Katanya, bonggol tersebut sudah wujud sebelum ini namun menjadi rata apabila kerja penurapan dilakukan di jalan tersebut.

“Kita akan bina kembali kemudahan itu untuk keselesaan dan keselamatan pengguna,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TUMPAT - Keselamatan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kebakat terancam berikutan kes kemalangan kerap berlaku di hadapan sekolah mereka.
  • RANTAU PANJANG - Penduduk di sini, meminta pihak berkenaan membina bonggol jalan di Simpang Tiga Kampung Dangar, Jalan Rantau Panjang ke Kedai Lama.
  • KUANTAN - Penduduk Lorong Air Putih 1 di sini, meminta pihak berkuasa tempatan segera membina bonggol jalan di laluan itu untuk keselamatan orang ramai khususnya kanak-kanak.
  • TANAH MERAH - Kira-kira 1,500 penduduk dari beberapa penempatan di Jalan Lubok, dekat sini, meminta pihak berkuasa tempatan segera membina bonggol jalan di laluan itu untuk keselamatan orang ramai terutama kanak-kanak.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.