BANGI – Sambutan Aidilfitri ibarat satu tradisi meraikan golongan kurang berkemampuan.

Bangi Heights Development (BHD) juga tidak ketinggalan memberi sumbangan duit raya kepada kanak-kanak Rumah Bakti Nur Ain yang disempurnakan oleh Ketua Subsidiarinya, Hadyan Ibrahim.

Sebanyak RM1,000 turut diberikan sebagai sumbangan untuk perbelanjaan harian penghuni Rumah Bakti Nur Ain.

RM1,000 turut disumbangkan untuk perbelanjaan harian penghuni Rumah Bakti Nur Ain.

Hadyan berkata, Bangi Heights Development sebagai syarikat subsidiari United Malayan Land Berhad (UMLand) yang memajukan Bandar Seri Putra di Bangi, akan berusaha melibatkan diri dalam aktiviti anjuran komuniti di kawasan itu tanpa mengira  golongan dan lapisan usia.

Katanya, BHD juga merancang untuk menganjurkan acara BSP Fun Ride pada Oktober nanti.