KUALA LUMPUR -  Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar akan membawa isu berkaitan keselamatan perumahan flat ke sidang Parlimen berikutan tragedi seorang remaja lelaki meninggal dunia akibat ditimpa kerusi dipercayai dibuang dari tingkat atas di PPR Seri Pantai.

Menurutnya, kejadian seumpamanya itu tidak boleh dipandang enteng bagi mengelakkan tragedi serupa berlaku sekali lagi di masa akan datang.

“Saya mengucapkan takziah dengan kejadian yang menimpa mendiang Satiswaran, dan saya akan mendapatkan semua maklumat lengkap mengenai isu ini dengan kerjasama pihak berkuasa.

“Bagi saya, soal keselamatan adalah penting bagi semua orang. Ini mungkin kes melibatkan kematian pertama, ia perlu dipandang serius oleh semua pihak kerana kita tidak mahu isu ini berulang.

“Saya akan membawa isu tentang soal keselamatan flat-flat di bawah selenggaran DBKL ini ke parlimen pada Sidang Parlimen Mac akan datang,” katanya kepada pemberita.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Tadah otak anak dengan tangan ]

Nurul Izzah berkata demikian ketika hadir menziarahi keluarga mendiang Satiswaran yang meninggal dunia dalam kejadian yang berlaku semalam.

Selain itu, untuk jangka masa pendek, Nurul Izzah menggesa jaring keselamatan dipasang di bahagian bawah perumahan itu bagi mengurangkan risiko keselamatan penduduk di situ.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr M Loga Bala meluangkan masa hampir satu jam menziarahi keluarga mendiang S Satiswaran, 15, yang maut dalam tragedi ‘kerusi terbang’ di PPR Seri Pantai.