SEKINCHAN - Kerajaan Selangor dijangka membentangkan Bajet Selangor 2019, 23 November ini.

Speaker Dun Selangor, Ng Suee Lim berkata, bajet itu nanti dibentangkan Menteri Besar, Amirudin Shari.

Menurutnya, pelantikan Exco Selangor pula diadakan selepas pengurniaan darjah kebesaran sempena hari keputeraan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Saya difahamkan, pelantikan (Exco) ini akan dibuat selepas pengurniaan darjah kebesaran dari baginda,” katanya pada sidang media sempena Majlis Perasmian Pusat Belian Padi PPK Pasir Panjang dan Pertemuan dengan Petani di Parit 7, Sungai Leman, semalam.

Suee Lim berkata, proses angkat sumpah itu tetap berlangsung apabila tiba masa yang ditetapkan.

“Sementara majlis angkat sumpah untuk Dun Seri Setia dan Balakong dijangka pada 26 November ini,” katanya.