SHAH ALAM - Tidak tahu dari mana datangnya, seekor anak musang didapati sesat dalam tandas sebuah rumah di Bandar Tasik Puteri Rawang, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.38 pagi, tiada mangsa dilapor digigit haiwan tersebut.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohd Rizal Buang berkata, pihaknya menerima panggilan  daripada pemilik rumah yang memaklumkan penemuan itu.

"Sebuah jentera ke lokasi dan dapati terdapat seekor anak musang dalam tandas rumah pemanggil.

"Anggota tangkap haiwan itu dan lepaskan ia di tempat selamat.

Tiada siapa dilapor cedera ketika proses menangkap haiwan itu," katanya.