SHAH ALAM - Sunway Lagoon Malaysia meneruskan kehangatan musim panas ini menerusi 10 permainan menarik khas untuk pengunjung khususnya kepada penggemar aksi ekstrem.

Hangat dengan tema Splash & Thrill into The Summer yang bermula 16 Julai hingga 16 Ogos ini, Sunway Lagoon’s Bungee Jump akan menguji keberanian anda untuk merasai sendiri pengalaman terjunan bebas secara vertikal dari ketinggian 21 meter.

Jika itu masih belum mencukupi, apa kata anda cuba tunggangan ‘slingshot’ paling tinggi dan laju di Asia iaitu G-Force X dan rasai bagaimana kelajuan adrenalin anda dilontar sehingga 65 meter ke udara dalam pecutan 0-120km dalam masa dua saat.

Meneruskan aksi yang menguji adrenalin, anda mungkin mahu mencuba sama ada Tomahawk, tunggangan pendulum 360 darjah atau pun menaiki kapal The Pirate Revenge yang turut memberikan pengalaman hayunan berputar 360 darjah pada ketinggan 24 meter.

Atau, mungkin anda mahu menaiki keretapi ekstrem iaitu Sunway Lagoon’s Lost City of Gold Scream Coaster, yang pasti membuatkan anda menjerit di sepanjang laluan rel berkenaan.

Bagi yang mahu mencuba pengalaman menyelam skuba, pasukan Titan Scuba Asia sedia memberikan anda satu pengalaman dan teknik asas dalam menyelam skuba dalam persekitaran yang santai dan selamat hanya di Sunway Lagoon.

Dengan diameter 22 meter dan sejauh 152 meter, Vuvuzela yang tercatat dalam Malaysia Book of Records 2013 sebagai luncur air terbesar di Malaysia, akan memberikan ada satu pengalaman baru saat dilepaskan dan meluncur lahu hingga ke penghujung.

Anda juga perlu merasai aksi Cameroon Climb, satu luncur air berkembar dengan menaiki pelampung yang akan meluncur laju dari ketinggian 15 meter ke bawah sebelum kembali meluncur ke atas sehingga 8 meter tinggi.

Monsoon 360 pula adalah satu lagi terjunan bebas secara vertikal namun bezanya ini adalah luncuran air di mana anda akan dilepaskan ke bawah dan akan meluncur sama ada dalam luncuran gegelung 360 darjah atau luncuran lurus.

Jika anda mahu merasai aksi meluncur ombak, FlowRider memberikan pengalaman seperti berada di pantai dan berpeluang mencabarnya menggunakan papan luncur.

Dengan teknologi simulator ombak pertama negara, ia pasti memberi anda pengalaman musim panas yang hebat.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.857867.1531956334!/image/image.jpg

Permainan ekstrem G-Force X dan Sunway Lagoon’s Bungee Jump antara tarikan pengunjung sempena musim panas ini.