SUBANG JAYA – Sebanyak 4,599  kes demam denggi dicatat di kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sehingga minggu ke-42 yang lalu.

Jumlah itu menunjukkan penurunan 42 peratus berbanding 7,874 kes dicatat dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Timbalan Yang Dipertua MPSJ, Mohd Zulkurnain Che Ali berkata, dua kawasan dikenalpasti sebagai lokasi panas wabak demam denggi masing-masing di Dun Seri Serdang dan Dun Seri Kembangan.

“Pihak majlis melantik 24 ahli majlis MPSJ sebagai Pengerusi Anti Denggi Zon JKP dan 22 orang pegawai MPSJ sebagai penasihat anti denggi selaras dengan hasrat kerajaan negeri meletakkan tanggungjawab bersama  dalam menangani masalah denggi.

“Mereka yang dilantik berperanan bersama-sama memastikan zon di bawah jagaan masing-masing bebas daripada menjadi lokaliti panas atau kawasan wabak denggi,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SUBANG JAYA - “Majlis bukan tunda kenderaan sebab nak ‘cari makan’ tapi sikap segelintir pemilik letak kenderaan sesuka hati punca jalan sesak dan halang lalu lintas hingga orang ramai buat aduan,” ulas Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Mohd Zulkurnain Che Ali.
  • SUBANG JAYA - Tempoh perkhidmatan ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bagi penggal 2016/2017 yang sepatutnya berakhir 31 Disember ini akan dilanjut sehingga 30 Jun depan.
  • SUBANG JAYA - Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) memperkenalkan inisiatif teknologi baharu menerusi pelancaran tapak rintis premis makanan hijau dan sistem pencernaan anaerobik (AD), di Medan Selera USJ, di sini kelmarin.
  • SUBANG JAYA - Anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) ‘diserang’ seorang wanita dengan besi pengunci stereng, di Bandar Puteri, di sini Rabu lalu menerima sijil penghargaan daripada dua Adun dan MPSJ.