KUALA LUMPUR - Sebanyak 39 unit Perumahan Awam (PA) Desa Rejang dirampas dalam operasi bersepadu dilakukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), baru-baru ini.

Penolong Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti DBKL, Mohd Muzammer Jamaluddin berkata, tindakan itu diambil atas kesalahan tidak menetap dan penghuni tidak sah.

“Sebanyak 26 unit didapati tidak menetap manakala 13 lagi unit dihuni penghuni tidak sah.

“Semua unit-unit ini dirampas dan akan ditawarkan kepada yang lebih layak,” katanya.

Mohd Muzammer berkata, tindakan itu bertujuan memastikan unit-unit PPR yang disewakan tidak disalah guna.

Ujarnya, beberapa kawasan perumahan lain turut diberi perhatian berdasarkan aduan dan risikan yang dibuat pihak jabatan.

“DBKL tidak akan berkompromi dengan penyewa yang didapati melanggar syarat ditetapkan.

“Untuk rekod, sejumlah 184 unit PPR dan PA dirampas sejak Januari hingga 14 Mac lalu menerusi tindakan sama dan akan terus dilaksanakan dari masa ke semasa,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Isu perumahan di ibu kota antara perkara membebankan warga kota terutamanya golongan belia yang terpaksa berdepan kadar sewa kediaman yang tinggi.
  • KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang meneliti pelaksanaan pemberian insentif kepada penduduk taman perumahan sekitar Kuala Lumpur yang berjaya mengurangkan kadar pembuangan sisa pepejal.
  • KUALA LUMPUR - Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus menjalankan tanggungjawab sosial korporat apabila menganjurkan program modal insan untuk golongan remaja di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) sekitar bandaraya ini.
  • KUALA LUMPUR - Jabatan Audit Negara mengesyorkan agar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil inisiatif melaksanakan jualan tanah secara bidaan dalam memperoleh pulangan terbaik bagi pembangunan projek Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP).
  • KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang meneliti cadangan membenarkan beberapa taman metropolitan awam di ibu negara dibuka hingga 10 malam.