KAJANG - Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas 31 kilang yang beroperasi secara haram di Sungai Semenyih.

Exco Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah berkata, menerusi rekod bancian yang dijalankan mendapati terdapat 58 kilang di sepanjang sungai itu.

“Sebanyak 27 kilang di kawasan zon industri, manakala 31 lagi di luar kawasan zon industri,” katanya.

Menurutnya, MPKj mendapati daripada jumlah 31 itu, sebanyak lima kilang didirikan di atas rizab sungai.

“Manakala empat kilang didirikan di atas tanah kerajaan dan sebuah kilang di atas tanah individu.

“MPKj telah menyiapkan kertas siasatan berhubung kilang yang beroperasi di tanah hak milik itu berikutan tidak mendapat kelulusan daripada pihak berwajib untuk pendakwaan di mahkamah,” katanya selepas menghadiri taklimat berkenaan Laporan Penyelesaian Isu Kilang Haram di MPKj.

Hian Wah berkata, MPKj akan bekerjasama dengan Pejabat Daerah Hulu Langat untuk mengambil tindakan perobohan ke atas lima kilang yang didirikan di atas rizab sungai.

Sementara itu, Yang Dipertua MPKj, Mohd Sayuthi Bakar berkata, MPKj komited dalam menangani isu tersebut.

“Selain tindakan perobohan dan pendakwaan di mahkamah, MPKj akan melakukan pemantauan di sepanjang sungai secara berkala,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TANJONG KARANG - Sebanyak 11 kawasan hotspot pembuangan sampah haram termasuk jalan alternatif dan pesisiran pantai dikesan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) di daerah ini.
  • JOHOR BAHRU - Seorang operator kilang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru, di sini hari ini selepas didapati mengedar 6,851 gram kanabis, tahun lalu.
  • SEREMBAN - Syarikat dalam industri perkilangan yang ingin melabur di Negeri Sembilan perlu menyediakan hostel untuk pekerja wargangera asing, demikian saranan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.
  • ISKANDAR PUTERI - Kerajaan Johor memutuskan ladang ayam dan kilang memproses baja najis ayam yang menjadi punca pencemaran ammonia di Sungai Sayong, Kulai, baru-baru ini, ditutup.
  • KULAI - Kerajaan sedia mempertimbangkan untuk membenarkan pengambilan 100 peratus pekerja asing dalam sektor pembuatan bagi memenuhi keperluan pengilang di bahagian pengeluaran produk.