KUALA LUMPUR - Seramai 24 individu termasuk lima wanita warga China ditahan polis dalam serbuan di pusat hiburan kerana disyaki terlibat penyalahgunaan dadah, awal pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim berkata, seramai 15 lelaki dan selebihnya wanita ditahan dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi.

"Kita menjalankan pemeriksaan ke atas 31 individu dan mendapati 24 orang daripada mereka positif dadah.

"Kita turut merampas serbuk dadah dipercayai ketamin seberat 12.56 gram dalam serbuan itu," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) dan 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PONTIAN - Keluarga Mahabob Hasimat, 54, nelayan Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Indonesia sejak tujuh bulan lalu kerana menceroboh perairan negara itu, bersedia menerima apa juga perkhabaran terkini mengenai bapa mereka.
  • KUALA TERENGGANU - Seorang wanita warga Kemboja yang masih berdegil menetap di sebuah rumah sewa di Dungun, meskipun memiliki rekod individu disingkirkan memasuki Malaysia, mengundang padah apabila dihukum tiga bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, di sini, hari ini.
  • KUANTAN - Polis telah menahan seorang lelaki yang dipercayai melarikan bekas teman wanitanya dari kediaman mangsa di Kampung Sungai Soi Alor Beruang dalam kejadian pada petang Sabtu lepas.
  • KUANTAN - Seorang pemandu jengkaut diberkas polis selepas bertindak melarikan bekas teman wanitanya termasuk mengugut mencederakan mangsa dalam kejadian di Kampung Alor Beruang, Sungai Soi di sini, Sabtu lalu.