KUALA LUMPUR - Seorang lelaki berusia lewat 20-an berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya terbabas dan 'tergantung' dalam lubang pembinaan tiang sebuah projek di Jalan Jelatek, awal pagi tadi.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman, berkata, separuh daripada kereta dipandu mangsa masuk ke dalam  ubang pembinaan sedalam lima meter dan tergantung dalam keadaan menjuman sebelum pemandu terlibat diselamatkan pihak bomba.

"Pihak bomba menerima panggilan jam 4.52 pagi sebelum pasukan penyelamat tiba 9 minit kemudian.

"Operasi menyelamat mengeluarkan mangsa mengambil masa 10 minit menggunakan tangga. Mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.