Bukit Sentosa - “Syukur doa Tuan Guru Nik Abdul Aziz (Nik Mat) termakbul,” itu ungkapan penghargaan dan terima kasih calon Dun Batang Kali, Datuk Dr K Ramachandran ketika ditanya perasannya dipilih sebagai calon pada PRU13.

Ramachandran berkata, Mursyidul Am Pas itu pernah mengatakan padanya pada pertemuan di sebuah program di Kuantan, pada 1997 bahawa beliau akan menjadi calon suatu hari nanti.

Menurutnya, kata-kata Nik Aziz itu dianggap doa dan beliau bersyukur kerana akhirnya termakbul.

“Saya ingat lagi 16 tahun lalu tuan guru katakan saya akan jadi calon suatu hari nanti.

“Hari ini (semalam) saya benar-benar sudah menjadi calon mewakili PKR yang juga parti komponen Pakatan Rakyat (PR),” katanya yang ditemui ketika mengunjungi Pasar Malam Serendah bersama calon Ahli Parlimen Hulu Selangor, Khalid Jaafar.

Turut sama, Pengerusi Jentera PKR Parlimen Hulu Selangor, Md Yusof Sarman.

Ramachandran berkata, sebagai wakil PKR, beliau juga berterima kasih kepada Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana meletakkan kepercayaan kepadanya bagi mewakili parti pada PRU kali ini.

Menurutnya, sokongan daripada calon Ahli Parlimen Hulu Selangor, Khalid Jaafar juga diterima sehingga nama beliau diangkat sebagai calon di kerusi Dun Batang Kali.

“Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk mewakili parti pada pilihan raya kali ini.

“Pastinya, amanah ini akan kami galas bersama bagi memastikan bukan saja Dun, malah Parlimen Hulu Selangor akan kita rampas,” katanya.

Ramachandran berkata, beliau sedar sebagai calon baru sokongan ahli dan barisan jentera sangat diperlukan.

"Oleh itu, bagi merealisasikan impian PR ke Putrajaya seluruh ahli parti perlu bersatu untuk memastikan BN dapat ditumbangkan," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Pas Wangsa Maju berjaya melengkapkan siri Jelajah Gerakan Sejahtera Bersama Islam (G-Salam) dengan mengadakan Majlis Hi-tea Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan, di sebuah restoran di sini, baru-baru ini.
  • KOTA BHARU - Dakwaan pemuda Pas Kelantan bahawa Umno negeri bercakap besar menggunakan modal lapuk bagi berkempen PRU14 disifatkan sebagai strategi Pas setelah mereka gagal melaksanakan program untuk rakyat.
  • KUALA TERENGGANU - Pas melalui Lajnah Mobilisasi dan Hubungan NGO Pas Pusat akan menjawab teka-teki beberapa pihak mengenai senarai 100 badan bukan kerajaan (NGO) yang diumumkan berikrar bersama-sama Pas dalam Gagasan Sejahtera dalam masa terdekat.
  • SHAH ALAM - SHAH ALAM - Pembaharuan dibawa Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam mentadbir Selangor antara faktor utama mendorong kejayaan membasmi kemiskinan di negeri itu pada tahun lalu.
  • SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor yang diterajui DAP & PKR perlu akur dengan desakan ramai pihak agar tidak membenarkan penganjuran pesta arak termasuk menghormati arahan pihak berkuasa.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.