KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) telah mengenal pasti lebih 100 tadika di seluruh negara yang perlu dinaik taraf kerana tidak selamat diduduki selain kurang fasiliti.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah tersebut terdapat beberapa buah tadika yang terpaksa menumpang di balai raya dan menyewa di bangunan lain untuk menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran.

"Kita akan cuba selesaikan permasalahan ini walaupun tidak dapat sepenuhnya bagi memberikan keselesaan dan kelancaran pembelajaran pra-sekolah ini," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Hari Raya Aidilfitri KEMAS 2017 di sini, hari ini.

Pada majlis itu Ismail Sabri turut menyampaikan kutipan sumbangan daripada kakitangan KEMAS dan Kesatuan Kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat Semalaysia kepada Tabung Kemanusiaan Media Prima Berhad berjumlah RM91,190.

Sumbangan tersebut sebagai tanda sokongan dan  keprihatinan warga KEMAS bagi membantu meringankan penderitaan rakyat Syria dan Rohingya. - Bernama
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MUADZAM SHAH - Biarpun baru berusia lingkungan empat hingga enam tahun, murid-murid Tadika Kemas Desa Cempaka, di sini, begitu bersemangat menyahut kempen kitar semula.
  • HULU TERENGGANU - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) diharapkan mempertimbangkan permohonan sekaligus meluluskan peruntukkan pembinaan bangunan baharu Tabika Kemas Kampung Lubuk Periuk, Ajil, di sini.
  • TASEK GELUGOR - Ibu bapa disaran menyemak dahulu status madrasah atau tahfiz dengan Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) sebelum menghantar anak masing-masing bagi mengenal pasti sama ada telah mendaftar dengan JAINPP ataupun tidak.
  • JERANTUT - Sejak empat tahun lalu, Tadika Kemas Kampung Temin terpaksa berpindah ke bangunan Balai Raya Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Temin memandangkan lokasi asalnya tidak sesuai dijadikan pusat didikan kanak-kanak.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.