KOTA MARUDU - Seorang warga emas berumur 69 tahun rentung selepas rumah kayunya di Kampung Samparita Tengah, Jalan Tandek di sini terbakar malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai  Yaad@Abd Shaad Enggok.

Ia berkata, mayat mangsa telah dikeluarkan dari rumah itu oleh pihak polis.

Pihak bomba menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 8.37 malam.- Bernama

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.