KOTA KINABALU - Seorang lelaki warga emas maut selepas dipercayai terperangkap di  dalam kenderaan dihanyutkan arus banjir di Kampung Lingkungan, dekat Beaufort, kira-kira 97 kilometer dari sini, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sipitang Rastam Keladi berkata mangsa dikenali sebagai Naidi @ Nadzrose Gaimain, 63, dipercayai terperangkap di dalam kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya.

Rastam berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul11.30 malam dan tiba di lokasi kira-kira 15 minit kemudian.  

"Anggota Bomba yang bertugas mengambil masa lebih kurang setengah jam untuk mengeluarkan mangsa dari kenderaan itu dan mangsa didapati telah meninggal dunia. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis Beaufort untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Menurutnya, kenderaan pacuan empat roda itu dihanyutkan arus banjir sebelum terbabas memasuki parit sedalam kira-kira dua meter. Kampung itu dinaiki air selepas hujan malam tadi.

Seramai 11 anggota bomba dari BBP Sipitang dan Beaufort terlibat dalam operasi itu. - Bernama

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TAIPING - Mayat seorang warga emas ditemui terapung dalam tasik di Taman Tasik Taiping, tengah hari tadi oleh orang awam yang berada di kawasan itu.
  • GEORGETOWN - eorang pekerja kilang yang dilaporkan terjatuh ke dalam longkang di Jalan Paya Terubong ketika menunggang motosikal meredah banjir semalam, ditemukan lemas di dalam sungai berhampiran Bukit Jambul hari ini.
  • DUNGUN - Misteri kehilangan nenek berusia 98 tahun dari Bukit Murai, Tok Kah sejak enam hari lalu terungkai apabila dia ditemui meninggal dunia di kawasan ladang Felcra Bukit Murai, di sini, pagi tadi.
  • JASIN - Kehilangan seorang bayi lelaki berusia enam hari petang kelmarin terjawab apabila bayi berkenaan ditemui di dalam perigi berhampiran rumahnya di Kampung Ong Lok, Batang Melaka di sini semalam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.