MIRI - Seorang wanita maut ditembak oleh ipar sendiri di kebun berhampiran  Rumah Panjang Mathew, Sungai Sarau, Sebauh Bintulu pada 4.30 petang semalam.

Ketua Polis Bintulu, Asisten Komisioner Zailanni Amit berkata, mangsa Bermau Bauk, 70, ditembak oleh suspek seorang lelaki berusia 59 tahun yang sedang memburu menggunakan senapang patah semasa kejadian berlaku.

“Suspek melepaskan tembakan ke arah sasaran yang dipercayainya seekor monyet,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zailanni berkata, namun selepas pemeriksaan dibuat mendapati ia bukanlah seekor monyet tapi seorang wanita dikenali, ditemukan dalam keadaan terbaring dan sudah mati.

“Senapang patah yang digunakan sudah dirampas dan suspek ditahan untuk membantu siasatan,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 304 A Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian secara cuai. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUANTAN - “Saya dan keluarga nak tengok sangat penjenayah yang menyebabkan kematian arwah,” kata Asmah Laily Jusoh,50 balu kepada Koperal Abdul Halim Md Ali yang ditemui meninggal dunia...
  • BERA - “Arwah tegas tetapi sangat penyayang dengan anak-anaknya dan juga adik-beradik, malah tidak pernah meninggikan suara jika mahu menegur kesalahan seseorang.”
  • KUALA BESUT - - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan takziah kepada keluarga Hashim Mat Zain, 43, yang mati ditembak dalam satu kejadian di Panchor dekat Bachok Kelantan semalam.
  • TAIPING - – Seorang pemilik bengkel kereta mati sementara rakannya cedera selepas ditembak di sebuah restoran di 467, Taman Kota Jaya dekat Simpang Jaya.