KOTA KINABALU - Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di lima sekolah di daerah Beaufort, kira-kira 90 kilometer dari sini, berjalan seperti biasa meskipun sekolah berkenaan dilanda banjir.

Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah Datuk Maimunah Suhaibul berkata Sekolah Kebangsaan (SK) Bukau, SK Maraba, SK Weston, SK Lubok dan SK Lingkungan  juga tidak ditutup kerana cuma jalan ke sekolah berkenaan sahaja yang dinaiki air.

“Semua pusat peperiksaan dapat menjalankan peperiksaan (seperti biasa) hasil bantuan agensi-agensi kerajaan, Borneo Samudera (ladang sawit), polis, bomba dan lain-lain,” katanya dalam kenyataan kepada media melalui aplikasi WhatsApp hari ini.

Kelima-lima sekolah berkenaan mempunyai 692 murid dengan 84 orang guru. - Bernama

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BATU PAHAT - Ketika daerah Segamat, Mersing dan Kota Tinggi mulai surut, kawasan Sri Medan, di sini, mengalami situasi yang berbeza apabila kawasan berkenaan pula dinaiki air.
  • KUANTAN - Keadaan banjir di daerah Pekan tidak banyak berubah dengan jumlah mangsa masih kekal 102 orang daripada 26 keluarga yang ditempatkan di dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 malam ini.
  • MUKAH - Kira-kira 1,350 penghuni rumah panjang dan penduduk kampung di kawasan Tanjung Pedada, Sungai Mukah, 27 kilometer dari sini terjejas hubungan darat apabila sebahagian jalan utama menghubungi kawasan itu ditenggelami banjir.
  • MERSING - Banjir di daerah ini pulih sepenuhnya apabila kesemua pusat penempatan sementara (PPS) yang dibuka sejak Khamis lalu ditutup dan mangsa telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing, jam 6 petang tadi.
  • JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di tiga daerah negeri ini turun mendadak kepada 289 orang daripada 68 keluarga setakat 3 petang ini berikutan penutupan tujuh pusat pemindahan sementara (PPS).