KOTA KINABALU - Timbalan Perdana Menteri Singapura Teo Chee Hean tiba di Istana Negeri di sini untuk menghadap Yang DiPertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin.

Chee Hean bersama isteri, Chew Poh Yim tiba di istana pada 10 pagi dengan disambut Setiausaha Sulit kepada Yang DiPertua Negeri Abinan Asli.

Pertemuan hampir sejam itu diadakan sempena lawatan kerja tiga hari Chee Hean ke negeri di bawah bayu yang bermula pada Jumaat.

Pada sebelah petang hari ini, Chee Hean dijadual melawat Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Sepanggar sebelum berlepas pulang ke Singapura pada Ahad, 9 September.

Semalam, Chee Hean telah menghadiri taklimat berhubung industri pelancongan di Sabah di sebuah hotel di sini.- Bernama