KUCHING - Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT) Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFRC) berjaya menangkap seekor buaya dekat Kampung Rancah Rancah, Sibuti, kira-kira 70 km dari Miri semalam.

SFC berkata, pasukan SWAT menyifatkan buaya jantan sepanjang 12 kaki (3.7 meter) itu sebagai reptilia terbesar pernah ditangkap di bahagian Miri tahun ini.

Pasukan SWAT dihantar ke Sibuti selepas menerima laporan bahawa seekor buaya telah membaham haiwan ternakan penduduk kampung pada Januari, bagaimanapun operasi itu ditangguhkan untuk sementara.

"Hanya dalam operasi kedua pada 27 Feb, pasukan SWAT berjaya menangkap reptilia tersebut," kata SFC dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

SFC menasihat penduduk supaya berwaspada apabila menyusuri sungai dan melaporkan jika melihat kelibat buaya liar kepada Jabatan Perhutanan atau pejabat SFC yang terdekat. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KEMAMAN - Angkatan Pertahanan Awam (APM) Terengganu akan bekerjasama dengan Perhilitan untuk menangkap seekor buaya tembaga yang dilihat timbul dan berjemur di sebuah tali air di Kampung Paman sejak minggu lalu.
  • KEMAMAN - Kehadiran seekor buaya tembaga yang dilihat di kawasan tali air berdekatan simpang tiga Kampung Paman, di sini, sejak minggu lalu menimbulkan rasa bimbang terutama kepada pemilik kebun buah-buahan berdekatan tali air terbabit.
  • MIRI - Penduduk di tengah bandar Limbang gempar apabila seekor buaya seberat satu tan serta sepanjang lima meter ditemui awal pagi ini.
  • JERANTUT - Penduduk Kampung Kelola, Pulau Tawar, di sini digemparkan dengan kemunculan beberapa ekor buaya di persisir sungai sebuah pulau kecil, Sungai Pahang.
  • BAGAN SERAI - Penduduk di dua kampung di sini gempar apabila buaya yang didakwa dilihat di Sungai Kurau berhampiran Kampung Padang Lalang lebih dua minggu lalu, muncul di kawasan mereka sejak seminggu kebelakangan ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.