BINTULU -  Polis menjelaskan kejadian seorang  penganggur cedera parah dalam kejadian letupan di Kampung Sebiew di sini malam tadi tiada unsur kianat atau jenayah.

Ketua Polis Bintulu Supt Zulkipli Suhaili berkata lelaki tempatan berumur 27 tahun itu melecur di kedua-dua kaki, tangan, leher dan muka akibat letupan daripada wayar yang dibakar di belakang rumah sewa lelaki itu pada kira-kira 7.25 malam tadi.

“Saya menasihatkan masyarakat supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan kejadian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zuklipli berkata, hasil siasatan Unit Bom Ibu Pejabat Daerah (IPD) Bintulu yang bergegas ke lokasi kejadian mendapati letupan kecil itu berlaku ketika mangsa sedang membakar wayar untuk mendapatkan tembaga di dalamnya.

“Siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur khianat atau jenayah dalam kes ini namun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya  dan menurutnya mangsa dihantar ke Hospital Bintulu untuk rawatan. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SUBANG JAYA - Sembilan cedera termasuk tujuh parah dan melecur akibat letupan di sebuah kilang pembuatan makanan kopitiam di Jalan Subang 10, Taman Perindustrian Subang di sini, pagi tadi.
  • SEREMBAN - Tiga anggota tentera berpangkat Lans Koperal cedera akibat letupan bahan kimia ketika mengikuti kursus latihan letupan di Gemas, di sini, semalam.
  • KUALA LUMPUR - Bunyi letupan dari luar rumah mereka telah menyelamatkan sepasang suami isteri daripada menjadi mangsa kebakaran yang melibatkan lapan buah bengkel di Jalan Antai Kanan 4, Kepong Baru di sini.
  • KOTA BHARU - Siasatan menyeluruh secara dalaman dengan memanggil rakan sejawat Ketua Pegawai Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) Jajahan Tumpat akan dilakukan polis bagi membongkar motif khianat di Kampung Renek, Bukit Marak, di sini, awal pagi kelmarin.