SEMPORNA - Sumbangan kerajaan BN kepada rakyat itu nyata, nampak dan mengikut keperluan rakyat termasuk pemberian tangki biru, kata Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Ramlee Marahaban.

Menurut Timbalan Ketua Penerangan Umno Sabah itu setiap sumbangan kepada rakyat adalah berdasarkan kepada senarai penerima eKasih, justeru tidak sepatutnya dijadikan  bahan jenaka  oleh  pembangkang.

"Apa sahaja yang kita lakukan untuk kebaikan rakyat pembangkang jadikan bahan jenaka seolah-olah perkara itu lawak daripada  (program TV)  Maharaja Lawak,” kata Anggota Dewan Undangan Negeri Bugaya itu kepada pemberita di Majlis Raya Korban Perdana di sini, hari ini.

Beliau juga menafikan sumbangan itu adalah ‘gula-gula’ seperti yang dilaung-laungkan pembangkang untuk mengelirukan rakyat.

"Di mana logiknya jika perjuangan kita adalah demi kepentingan individu sedangkan kita mempunyai sistem luar biasa yang sentiasa mendahulukan rakyat," katanya.

Pada majlis hari ini yang dijayakan oleh 32 Pusat Daerah Mengundi sebanyak 12 ekor lembu dikorbankan. - Bernama
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.