SIPITANG - Kesemua 127 mangsa banjir daripada 46 keluarga yang ditempatkan di Dewan Serbaguna Sipitang sejak semalam dibenarkan kembali ke kediaman masing-masing selepas banjir  kilat yang melanda perkampungan mereka pulih.

Pengarah Jabatan Pertahanan  Awam Malaysia (APM) Kol (PA) Mulliadi Alhamdi  Ladin berkata kesemua mangsa dari Kampung Mesapol Lama, Kampung Kelamauh, Kampung Tunggul Tinggi dan Kampung Lalang  dibenarkan pulang kira-kira 3 petang tadi.

Dengan itu pusat pemindahan banjir berkenaan turut ditutup, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Mulliadi berkata, Setiausaha Kerajaan Negeri yang juga Exco Pengurusan Bencana Sabah, Tan Sri Sukarti  Wakiman turut  memantau keadaan mangsa banjir di Dewan Serbaguna  Sipitang kira-kira 12.12 tengahari tadi. - Bernama
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TAMBUN - Penyelenggaraan berkala terhadap sistem perparitan di lokasi yang sering dinaiki air boleh dilakukan bagi mengelak banjir kilat terus berulang.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.