KOTA KINABALU - Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah (SBCC) kini menimbangkan untuk menggalakkan ahli-ahlinya menceburi pengeluaran beras di negeri itu.
Bendaharinya, Roselan Johar Mohamed berkata wawasan itu akan dibentangkan pada mesyuarat majlis tertingginya bulan depan bagi mendapatkan kelulusan dan tindakan lanjut.
"Berikutan wawasan itu, Presidennya Datuk Hasnol Ayub telah menghantar dua wakilnya ke Manila dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengeluaran beras hibrid."
"Minat itu adalah berikutan keinginan untuk membantu negeri ini mengeluarkan beras mencukupi bagi diri sendiri yang hanya boleh dicapai melalui peningkatan produktiviti dan keuntungan pengeluaran beras mengikut pendekatan mampan dan kompetitif," kata Roselan, yang kini berada di jelapang padi Filipina di tengah Luzon.
Dalam temu bual emel dengan Bernama, katanya pengeluaran adalah antara 1.8 tan metrik dan 2.0 tan metrik setiap 0.4 hektar (ha) dengan menggunakan kaedah pengeluaran beras hibrid Filipina dan diharapkan pengeluaran itu ditingkatkan kepada 5.0 tan metrik setiap 0.4 ha di negeri itu.
"Kesemua minat itu akan diselaraskan dengan Jabatan Pertanian yang merupakan pihak berkuasa relevan bagi meluluskan pengimportan benih hibrid sebelum boleh diketengahkan bagi pengeluaran komersil secara besar-besaran," katanya.
Roselan berkata beliau tertarik dengan pendekatan berdisiplin SL AGRITECH, yang merupakan pihak yang mempromosikan beras hibrid di Filipina serta berkongsi dapatan dengan negara-negara Asia bagi manfaat kemanusiaan.
"Malah, peneraju pengeluaran beras di dunia, Thailand, menggunakan spesi ini. Jiran kita, Sarawak telah ke hadapan selepas memulakan ujian. Tetapi, kita masih belum menerima dapatannya," kata Roselan, yang juga Pengerusi Majlis Perniagaan BIMP-EAGA Malaysia.
Katanya minat terhadap beras hibrid tiba-tiba muncul semasa mesyuarat pembangunan sumber asli Kawasan Pertumbuhan Asean Timur-Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) di Balikpapan awal tahun ini.
Roselan berkata pihaknya berharap perubahan minat ini akan mempengaruhi para pembuat dasar untuk menyediakan bajet lebih besar kepada Kementerian Pertanian bagi memperbaiki terusan pengairan sedia ada serta penggunaan jentera di dalam proses penuaian, kaedah pengeringan dan pengilangan.
"Tanpa sokongan kerajaan terhadap kesemua proses ini, kebaikan beras hibrid akan terhenti begitu sahaja," katanya. - Bernama
SBCC timbang pengeluaran beras hibrid bagi capai pengeluaran sara diri
Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
- Lajim ketua pembangkang Sabah
- Lebih 600 tinggal sehelai sepinggang
- Bumburing cadang IC ditarik balik
- Kereta pelancong Hong Kong dirempuh kereta api
- Remaja mengaku pernah terlanjur
- Ceroboh Lahad Datu tiada kaitan 'Sultan Sulu'
- Dun Sabah gantung Jimmy Wong
- Syak anak 8 tahun dirogol bapa
- Rogol kenalan facebook, 11 tahun penjara
- Adun Sri Tanjong digantung dari hadiri persidangan
- Pairin berusia 72 yakin PBS 27 terus konsisten
- Otak pelajar tahfiz 'segar' seperti hidup
- Dakwa dirogol kenalan bapa
- TNB nasihat pelanggan guna penyaman udara secara bijak
- Bayar RM30 dapat gadis seksi
- Tony: Malindo Airways bukan ancaman buat AirAsia
- Putus jari manis akibat dituduh rogol
- 'Ustaz' dicari selesai kes rogol
- Kebakaran: Nenek cedera selamatkan menantu, cucu
- Kerugian cecah RM1juta




