KOTA KINABALU - Satu runtuhan berlaku di lereng Gunung Kinabalu petang tadi mengundang panik dalam kalangan penduduk sekitar.

Bagaimanapun, tiada kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah di sini, kejadian berlaku kira-kira jam 3.45 petang tadi berdekatan Sungai Masilou 2, Kampung Masilou di Kundasang.

“Runtuhan berlaku di lereng gunung di kedudukan 1.5 km sebelah ulu bekas Mesilau Nature Resort dekat Stesen Taman Kinabalu Masilou.

“Aliran Sungai Masilou 2 normal ketika ini dan keadaan terkawal,” kata kenyataan itu.

Sepasukan APM Sabah yang bergegas ke tempat kejadian memantau keadaan dan mengambil pendekatan menenangkan para penduduk Kampung Masilou agar tidak panik dengan kejadian itu. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.