LABUAN - Sebuah pasar raya besar dan kedai coklat di sini didapati masih menjual 65 produk yang telah tamat tempoh dan kemik bernilai  RM1, 040 hasil pemeriksaan oleh pasukan penguatkuasaan bersepadu yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Labuan hari ini.

Tiga puluh lima coklat bernilai RM780 dan 25 produk tenusu dan buah-buahan dalam tin bernilai RM251.00 dirampas dari dua premis dalam operasi bersama dengan Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, cawangan Labuan dan Perbadanan Labuan.

Dalam operasi itu melibatkan lebih 30 anggota yang diketuai oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari, produk tertentu juga didapati dijual tanpa tarikh luput.

Dr Ismuni berkata jabatan akan menjalankan operasi bulanan untuk menjaga kualiti produk pengguna dan setiap tiga bulan dengan agens-agensi penguatkuasaan yang lain. - Bernama