LAHAD DATU – Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu merampas 4,000 bungkus rokok seludup ketika melaksanakan Op Landai di kawasan rumah sampah di Kampung Sabah Baru dekat sini, semalam.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) DCP Datuk Hazani Ghazali berkata unit risikan PPM yang membuat pemantauan dan serbuan pada 8.10 malam menemukan beberapa kotak mengandungi rokok seludup dan tidak berbayar cukai dianggarkan RM18,000.

“Rokok ditemui adalah jenama Astro Menthol King (2,000 bungkus) dan Astro Black Gold (2,000 bungkus),” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Hazani berkata, rokok dirampas itu diserahkan kepada pihak Kastam untuk disiasat di bawah Akta Kastam 1967. -Bernama