BINTULU – Polis  menahan tiga lelaki tempatan di dua lokasi berasingan dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri  trak pikap, motosikal dan komputer riba di sini.

Ketua Polis Bintulu Superintendan Zulkipli Suhaili berkata, tangkapan pertama melibatkan penahanan seorang suspek lelaki berusia 26 tahun  dalam  serbuan dilakukan di sebuah rumah flat Jalan Tanjung Kidurong pada 3.30 pagi Jumaat lepas.

“Hasil pemeriksaan serta siasatan, polis merampas sebuah motosikal Yamaha, komputer riba dan pengecas komputer riba yang dipercayai dicuri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zulkipli berkata, motosikal yang digunakan suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu serta dilaporkan hilang pada Mei 2013 manakala komputer riba dilaporkan hilang pada Jumaat (19 Jan 2018) di Kidurong.

Bagi tangkapan kedua, beliau berkata  dua suspek lelaki berumur lewat 30-an ditangkap semasa sekatan jalan raya di Batu 11 Jalan Bintulu-Miri pukul 4.30 pagi ini dipercayai menggunakan kenderaan pacuan empat roda, menggunakan nombor pendaftaran palsu, yang dicuri di Batu Niah, Miri pada tahun 2016. – Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PERMAISURI - Selepas kehilangan sebuah lori tiga tan pagi Rabu lalu, seorang lagi penduduk di bandar Permaisuri terpaksa berputih mata setelah motosikal jenis Honda EX5 miliknya hilang jam 2 petang, pada petang Khamis.
  • BANDARAYA MELAKA - Pencuri gagal melarikan wang yang disimpan di dalam mesin tukaran wang syiling selepas memecah masuk sebuah kedai dobi layan diri 24 jam di Taman Rambai Jaya, Bukit Rambai di sini, pagi tadi.
  • SLIM RIVER - Polis mengambil masa lebih enam jam untuk mengeluarkan beberapa komponen jentera seberat antara 8 hingga 10 tan yang dibuang ke dalam gaung oleh sekumpulan lelaki, dipercayai suspek kes curi, Jumaat lalu.
  • KEPALA BATAS - Polis menahan empat individu termasuk seorang warga Bangladesh bagi membantu siasatan berhubung kejadian kes mencuri komputer dan komputer riba di Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Murni, Sungai Dua dekat sini.