MIRI - Polis menahan seorang ahli perniagaan berusia 29 tahun dipercayai menjadi suspek utama kes rogol seorang remaja perempuan dari Lawas di Limbang pada April lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata suspek ditangkap oleh anggota JSJ Lawas pada 12.10 tengah hari tadi selepas menyerah diri di Balai Polis Lawas dan akan dihadapkan ke mahkamah esok untuk mendapatkan perintah reman.

“Lelaki itu disyaki membayar wang untuk mengadakan hubungan seks dengan mangsa yang berusia 14 tahun itu di sebuah hotel,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata dua suspek wanita, ibu mangsa, 30, dan pemilik pusat karaoke, 45, akan dituduh pada 9 pagi esok di Pejabat Daerah Lawas.

Sehingga hari ini, empat suspek berada dalam tahanan polis termasuk lelaki berumur 23 tahun yang ditahan Selasa lepas dan ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan polis. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BHARU - Dua warganegara Indonesia ditahan kerana disyaki terlibat dengan kes seorang penuntut Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota, Pengkalan Chepa, di sini, yang cedera dalam kejadian samun pada tiga hari lalu.
  • KUCHING - Seorang petani yang didakwa merogol cucu tirinya bulan lepas dalam kejadian di Sri Aman, kira-kira 200 kilometer dari sini, meninggal dunia di Hospital Sri Aman awal hari ini, selepas dipercayai meminum racun makhluk perosak petang semalam.
  • KAJANG - Seorang lelaki warga Indonesia sempat menunjukkan gambar bogel kepada seorang kanak-kanak sebelum merogolnya.
  • KAJANG - Seorang bapa didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan melakukan seksual fizikal terhadap anak perempuan kandungnya yang berusia 14 tahun sehingga menyebabkan mangsa mengalami tekanan perasaan dan mengelar pergelangan tangannya.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.