LAHAD DATU - Golongan pengusaha bot di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) menyambut baik arahan pemasangan Sistem Pengesanan Automatik (AIS) dan Radio Marin Berfrekuensi Tinggi (VHF) pada setiap bot nelayan.

Ketua Staf Bahagian Pusat Operasi bagi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Brig Jeneral Datuk Md Rahim Mohammad berkata maklum balas positif itu menunjukkan bahawa golongan pengusaha di Esszone mulai sedar betapa pentingnya peralatan berkenaan dipasang bagi memastikan keselamatan mereka terjamin.   

"Nelayan juga sudah mula berhubung dan berkomunikasi dengan pasukan keselamatan menggunakan radio AIS dan VHF bagi memaklumkan kedudukan dan lokasi semasa ketika berada di laut terutamanya di kawasan-kawasan yang berisiko," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Rahim berkata pengusaha bot nelayan yang masih belum memasang peralatan komunikasi berkenaan diminta berbuat demikian dengan segera untuk kebaikan bersama.   

"Kalau mereka pasang alat ini, Esscom dapat menyalurkan bantuan kecemasan dengan cepat sekiranya mereka (nelayan) berada dalam situasi kecemasan, tetapi agak sukar bagi kami (Esscom) untuk memberikan bantuan sekiranya kami tidak mengetahui kedudukan bot-bot mereka, sebab itu perlu pasang AIS dan VHF ini," katanya.  

Menurutnya, langkah dan peraturan yang dikeluarkan pihak berkuasa itu bertujuan bagi memudahkan pasukan keselamatan membuat pemantauan dengan lebih baik, terancang dan berkesan. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA KINABALU - Kesiapsiagaan dan langkah-langkah yang dilaksanakan pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) berjaya memastikan keselamatan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) sentiasa terkawal dan selamat.
  • KOTA KINABALU - Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang berakhir 6 petang esok, dilanjutkan sehingga 30 Nov, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din.
  • SEMPORNA - Penempatan kira-kira 11,000 anggota dan aset keselamatan bernilai RM100 juta di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) membuktikan keprihatinan kerajaan dalam memastikan keselamatan di Sabah terus terjamin, kata Komander Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Hazani Ghazali.
  • KOTA KINABALU - Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang berakhir hari ini dilanjutkan sehingga 29 Oktober ini, berkuat kuasa esok dari 6 petang hingga 6 pagi.
  • KOTA KINABALU - Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir hari ini dilanjutkan hingga 26 Ogos ini, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.