KUCHING - Seorang warga Indonesia yang dilapor hilang ketika menangkap ketam di laut berhampiran Kampung Gerigat, Kabong semalam ditemukan selamat petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak berkata Abu Sahir Saleh, 41 tahun, yang berasal dari Singkawang, Indonesia telah dijumpai di bawah pokok dalam keadaan lemah.

Sementara itu, dalam kes berasingan, pasukan SAR yang terdiri daripada pasukan bomba dan penyelamat, polis, APM, Maritim dan penduduk kampung masih belum menemui mangsa bot karam yang dikenali sebagai Mohd Azimudin Alwi, 15.

Dalam kejadian 14 Oktober lalu itu, bot yang dinaiki mangsa bersama seorang rakan karam di laut tidak jauh dari Kampung Sungai Cina Sampadi, Lundu.

Bagaimanapun rakannya berjaya menyelamatkan diri.

Jurucakap PGO JBPM Sarawak berkata komander operasi melaporkan SAR hari keempat hari ini dijalankan di kawasan laut berhampiran Kampung Sungai Cina, Sempadi Lundu dan radius pencarian dari lokasi perahu karam (3.2km dari Pulau Satang Besar) di bahagikan kepada tiga sektor.

Katanya APMM  dengan kekuatan sebuah bot pemintas dan sebuah kapal peronda marin dibahagikan kepada enam sektor kawasan meliputi 32 batu nautika, manakala pasukan bomba, APM dan orang kampung melakukan pencarian sekitar dalam radius lima batu nautika dari lokasi perahu karam.

Beliau berkata operasi SAR hari keempat ditangguhkan pada 5.30 petang ini dan akan disambung pada keesokan pagi. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MUAR - Sebuah keluarga dari Taman Rambai, Kampung Parit Buaya di sini, memohon orang ramai untuk membantu mengesan salah seorang ahli keluarga mereka yang hilang sejak beberapa hari lalu.
  • TUMPAT - Kad jemputan kahwin sudah diedarkan tetapi bakal pengantin perempuan dilaporkan hilang sejak empat hari lalu menyebabkan keluarganya buntu dan hilang punca untuk menjejakinya.
  • LAHAD DATU - Mayat seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas selepas dua bot berlanggar di perairan Tambisan, dekat sini, Rabu lepas, ditemukan hari ini.
  • JOHOR BAHRU - Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti 2 dilaporkan menghilangkan diri dari kediaman keluarganya di Taman Universiti Skudai, Johor di sini sejak 7 pagi, semalam.
  • GUA MUSANG - Seorang kanak-kanak perempuan dikhuatiri hilang selepas dilihat bermain seorang diri di gelanggang futsal, pada jam 11 malam, semalam di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.