KOTA KINABALU - Operasi mengesan dua lagi penjenayah dan seorang mangsa culik yang dilaporkan hilang dalam insiden berbalas tembakan di perairan Pulau Gaya, Semporna, Khamis lalu, diteruskan hari ini.

Pencarian selepas insiden antara Pasukan Gerakan Am (PGA) dan kumpulan penculik itu yang memasuki hari ketiga, melibatkan sebuah kapal dan lima bot pasukan keselamatan.    

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, antara agensi keselamatan yang terlibat dalam operasi itu ialah Tentera Laut Diraja Malaysia, Pasukan Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

"Operasi mencari ini bermula pukul 6.30 pagi dan berakhir 6 petang. Setakat ini mereka (dua penjenayah dan seorang mangsa culik) masih belum ditemui," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Polis sahkan tiga penculik ditembak mati, dua diberkas]

Dalam kejadian jam 9.40 malam itu, polis menembak mati tiga daripada tujuh suspek dipercayai penculik dari selatan Filipina.

Dua suspek turut diberkas manakala seorang daripada dua mangsa culik yang merupakan juragan bot berjaya diselamatkan. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA TINGGI - Seorang remaja perempuan nyaris dilarikan seorang lelaki selepas mangsa ditarik ke dalam kereta suspek dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam tadi di Bukit Samsu dekat sini.
  • JOHOR BAHRU - Tindakan empat lelaki bersama seorang wanita yang nekad menculik seorang lelaki serta melakukan peras ugut terhadap kenalannya menerima padah apabila mereka ditahan polis, Isnin lalu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.