BINTANGOR - Seorang pelajar lelaki Tahun Enam Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kai Chung hilang dan dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Tulai, di sini kira-kira 11.30 pagi hari ini.

Difahamkan mangsa, Wong Khoon Yung, 12 terjatuh ketika cuba mengambil sebiji bola yang jatuh ke sungai itu.

Ketua Polis Daerah Meradong, Deputi Superintendan Hafipi Mohd Salim berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang disertai polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta penduduk tempatan terpaksa dihentikan jam 4.45 petang berikutan ribut dan hujan lebat.

Beliau berkata, kejadian yang berlaku di sebuah jeti kecil di Jalan Dermaga itu dilaporkan oleh bapa mangsa dan usaha mencari dan menyelamat itu akan disambung pagi esok.

Mangsa sebelum itu bermain bola bersama-sama empat rakannya. – Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Dua pelajar dikhuatiri lemas setelah terjatuh ke dalam longkang di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, Puchong di sini, petang tadi.
  • LABUAN - Selepas tujuh hari mengadakan operasi mencari seorang pelajar SMK Mutiara tanpa memperoleh sebarang petunjuk baharu, pasukan penyelamat memutuskan untuk menangguhkan operasi itu hari ini namun akan terus memantau keadaan, kata Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan.
  • KUALA TERENGGANU - Mayat seorang remaja yang dikhuatiri lemas di kawasan lubuk sungai Kampung Delong sejak tiga hari lalu ditemui terapung kira-kira 7.05 pagi tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.