KUCHING – Mangsa keempat wabak Rabies atau penyakit anjing gila di Sarawak meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak di sini hari ini , hanya empat hari selepas wabak itu meragut nyawa mangsa ketiga.

Kementerian Kesihatan Malaysia dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan bahawa mangsa, Florancesia Ak. Edward, berusia 5 tahun, dari Kampung Ampungan, Serian meninggal kira-kira 2 petang akibat  “rabies encephalomyelitis”.

Sementara itu, bapa saudara mangsa, Asem Ladong, 52, berkata kedua ibu bapa mangsa berada bersama-sama Florancesia hari ini apabila kakitangan hospital menanggalkan mesin sokongan hayat kira-kira-kira pukul 2 petang.

Beliau berkata mangsa digigit anjing di tangan kirinya kira-kira seminggu sebelum sambutan Hari Gawai di kampung kelahiran datuknya, Kampung Serobang di daerah Serian dan segera dibawa ke Hospital Serian untuk menerima rawatan.

“Bagaimanapun, selepas sambutan Gawai, mangsa mula menunjukkan tanda-tanda jangkitan dan dimasukkan ke Hospital Serian kira-kira dua minggu lepas sebelum dipindahkan ke Hospital Umum Sarawak,” kata Asem ketika ditemui di sini hari ini.

Florancesia ialah anak kedua daripada tiga beradik iaitu dua perempuan dan seorang lelaki. Kakaknya berusia enam tahun sementara adik lelakinya berusia empat tahun.

Asem berkata upacara pengebumian akan berlangsung esok di Kampung Ampungan.

Mangsa ketiga wabak rabies ialah kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dari Kampung Lebor, Serian, yang meninggal dunia pukul 2.16 tengah hari pada Khamis lepas, lebih seminggu selepas dua beradiknya meninggal.

Pada 4 Julai, seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dan adik lelakinya berusia empat tahun dari Kampung Paon, Sungai Rimu, Serian, meninggal dunia akibat jangkitan itu. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUCHING - Kementerian kerajaan Tempatan Sarawak telah menyiapkan draf Undang-undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan (Lesen Anjing) baharu yang memerlukan pemilik anjing memberi suntikan vaksin anti rabies kepada haiwan peliharaan mereka sebelum sebarang lesen boleh dikeluarkan.
  • KUCHING - Satu lagi kawasan baru wabak rabies diisytihar di Sarawak, iaitu Kampung Telagus Legai di bahagian Serian, menjadikan ia sebagai kawasan ke-25 wabak rabies sehingga kini.
  • KUCHING - Satu lagi kes jangkitan rabies pada manusia dikesan hari ini, menjadikan sehingga kini enam kes positif penyakit itu di Sarawak, dengan lima daripada pengidapnya telah meninggal dunia.
  • KUCHING - Program pemvaksinan anjing bagi mengawal penularan wabak rabies atau anjing gila secara besar-besaran akan dilaksanakan di lima kampung dalam Bahagian Serian esok.
  • TAIPING - Dalam tempoh dua minggu lalu, sektor pelancongan di kawasan Kuala Sepetang agak terjejas dan merudum antara 30 hingga 50 peratus kesan wabak anjing gila atau rabies yang dikenal pasti bulan lalu.