KUCHING - Jumlah mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara  (PPS) di Sarawak tengah  hari ini meningkat sedikit kepada 98 orang berbanding 96 tengah malam tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri SarAwak (JPBNS) dalam kenyataan berkata jumlah PPS terlibat kekal satu di Dewan Kampung Lutong, Sebangan di Sebuyau, kira-kira 100km dari sini.

Sementara itu Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak pula memaklumkan bahawa kawasan berkenaan masih digenangi air sekitar satu meter walaupun trend parasnya kekal semakin menurun sejak semalam, manakala keadaan cuaca kekal mendung.

Menurutnya semua petugas daripada pasukan polis, tentera, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Kebajikan Masyarakat, petugas Kementerian Kesihatan Malaysia, RELA, pejabat Daerah Sebuyau dan Majlis Daerah Simunjan masih berada di kawasan itu bagi memantau keadaan dan membantu mangsa banjir. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BATU KIKIR - Seorang lelaki maut apabila motosikalnya hilang kawalan lalu terbabas ke dalam longkang di kiri bahu jalan.
  • IPOH - Perancangan penubuhan hospital khas bagi veteran oleh Kementerian Pertahanan tahun lalu merupakan pengiktirafan terbaharu kerajaan kepada bekas tentera yang berjasa kepada negara.
  • JITRA - Persatuan Bekas Anggota 9 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Zon Utara membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, yang didakwa menghina Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.
  • TEMERLOH - Solat hajat dan zikir munajat di dalam Kompleks al-Makmur, Kerdau, Temerloh Pahang bersempena Himpunan Fastaqim 2.3. Pas Teraju Pahang berlangsung selepas solat maghrib di sini sebentar tadi.
  • KUALA SELANGOR - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menggiatkan pelbagai kempen kesedaran bagi mengurangkan risiko kemalangan akibat sikap penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang membaling barang dari tingkat atas.