KOTA KINABALU - Mangsa banjir yang dipindahkan di Kota Belud meningkat kepada 2,166 orang sehingga 12 tengah hari ini dan ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, pusat pemindahan sementara itu ialah Dewan Masyarakat Tun Said, Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Tun Said, Dewan SMK Taun Gusi 1, Dewan SMK Taun Gusi 2, Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Taun Gusi, Dewan Gopok Taginambur, Dewan Muhibah Tombol dan Dewan SK Pekan.

Di Tuaran pula, satu pusat pemindahan banjir yang dibuka sebelum ini telah ditutup pada 9 pagi tadi.

"Mangsa yang ditempatkan di Dewan SMK Sri Nangka dibenarkan pulang apabila banjir di kediaman masing-masing semakin surut," kata kenyataan itu. -Bernama