KOTA KINABALU - Pusat pemindahan Dewan Masyarakat Tun Said ditutup pada 1.30 tengah hari tadi berikutan keadaan banjir kilat yang melanda enam kampung di Kota Belud sejak semalam kian surut.  

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam kenyataannya berkata kesemua 19 penduduk yang ditempatkan di pusat pemindahan itu dibenarkan pulang.

Kampung yang terjejas ialah Kampung Siasai Tamu, Kampung Bobot, Kampung Ejuk, Kampung Kota Belud, Kampung Menunggui dan Kampung Gunding.

APM kini masih meneruskan pemantauan, khususnya di kawasan yang berisiko dilanda banjir. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUCHING - Pusat Pemindahan Sementara (PPS) untuk mangsa banjir yang terakhir di Dewan Suarah Mukah di bahagian tengah Sarawak ditutup pada 12.30 tengah hari ini ekoran keadaan cuaca yang baik sejak beberapa hari lepas, walaupun ada beberapa kawasan rendah dalam negeri yang masih digenangi air.
  • KUCHING - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak terus berkurangan dengan ketara apabila jumlahnya hingga tengah hari ini berkurangan sekitar 536 orang berbanding 1,012 malam semalam.
  • KUCHING - Banjir di Sarawak kian beransur pulih setakat pukul 8 malam ini apabila mangsa banjir menurun kepada 3,173 mangsa daripada 991 keluarga yang masih berada di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam bahagian.
  • KUCHING - Sejumlah RM32 juta diperlukan untuk menangani masalah banjir akibat fenomena air pasang besar di Sebuyau, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
  • KUCHING - Jumlah mangsa banjir di Sarawak menunjukkan pengurangan kepada 4,686 orang setakat 4 petang ini, berbanding 5,679 mangsa tengah hari tadi.