LABUAN - Angin kencang yang membadai Labuan dari malam Ahad hingga awal pagi ini menyaksikan bumbung rumah diterbangkan ribut yang turut merosakkan rumah dan menumbangkan pokok.

Sekurang-kurang bumbung dua buah rumah di Kampung Bebuloh di sini diterbangkan angin kencang serta mengalami kerosakan teruk.

Menurut Ketua Pejabat Perkhidmatan Masyarakat Kawasan Parlimen Labuan, Basran Yunus, tiada kehilangang nyawa dilaporkan.

“Kami telah menerima laporan jumlah rumah yang terjejas. Kami juga telah menentukan bantuan bersesuaian untuk mereka termasuk bahan bagi membaiki rumah masing-masing yang akan diserahkan pada kadar segera,” katanya kepada Bernama.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Labuan pula dilaporkan menerima beberapa panggilan berhubung kejadian pokok tumbang di beberapa batang jalan. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MUADZAM SHAH - Seorang ibu bersama anaknya yang berusia setahun melalui detik cemas apabila bumbung rumah mereka di Cenderawasih di sini, diterbangkan angin dan dinding roboh akibat dilanda ribut kelmarin.
  • KUANTAN - Ibu sarat mengandung tujuh bulan cemas apabila rumahnya di Kampung Bukit Kuin, dilanda ribut petang kelmarin.
  • IPOH - Penduduk sekitar Kampung Temiang gempar apabila kampung berkenaan dilanda ribut petang kelmarin hingga menyebabkan beberapa rumah penduduk mengalami kerosakan.
  • TELOK AIR TAWAR - "Ya ALLAH, bumbung rumah aku," itu reaksi seorang lelaki apabila bumbung rumahnya diterbangkan angin dalam kejadian ribut kuat di Jalan Tunku Syed Putra disini petang tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.