MIRI -  Polis Bintulu akan menjalankan operasi keselamatan bagi menjamin kelancaran sambutan Hari Kebangsaan 2017 peringkat negeri di Bintulu pada Khamis ini.

Ketua Polis Bintulu Asisten Komisioner Zailanni Amit berkata operasi itu membabitkan kegiatan lumba motosikal haram, penagih serta pengedar dadah, penyeluk saku dan kesalahan trafik.

“Turut dijalankan ialah operasi kegiatan yang boleh menimbulkan kekacauan seperti menaikkan poster mempunyai unsur fitnah atau hasutan dan pembakaran mercun tidak dibenarkan juga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zailanni berkata seramai 537 anggota polis akan ditugaskan pada hari tersebut bagi memastikan  sambutan berjalan dengan lancar.

Sebelum ini Menteri Kemudahan Awam Sarawak Datuk Dr Stephen Rundi yang juga pengerusi jawatan kuasa penganjuran acara tersebut dilaporkan berkata seramai 80 kontinjen melibatkan lebih 3,000 peserta akan mengambil bahagian dalam perarakan di padang Dewan Suarah Bintulu (Bintulu Civic Centre).- Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.